jika mata tertutup buat selama-lamanya
janganlah tangisi pemergian ini
jika mata tertutup buat selama-lamanya
sematkan kenangan manis dan pahit bersama di hati
jika mata tertutup buat selama-lamanya
bukan bererti aku tidak sayang pada kamu semua
kerana setiap yang hidup pasti akan mati
jika mata tertutup buat selama-lamanya
kirimkan Al-Fatihah sebagai tanda tulus ingatan
aku senantiasa akan mengingati kamu semua
saat itu
aku sudah berada jauh dari kamu semua
berada di alam yang berbeza..
P/S-<3<3<3
No comments:
Post a Comment