Tuesday, 25 October 2011

hiBa

Ya ALLAH
aku mohon keampunan dari-MU
atas dosa yang telah aku buat 
aku mencaci dan menghina hamba-MU yang lain 
aku menyesal
aku menyesal
aku kesal
aku kesal
aku resah
aku resah
aku mohon Ya ALLAH
kembalikan aku ke pangkal jalan
berikan aku petunjuk-MU
agar aku tidak tersasar jauh dari-MU
AMIN Ya ALLAH....

P/S-perasaan kesal dan hiba menyelubungi jiwa


 

Sunday, 23 October 2011

jIka

jika mata tertutup buat selama-lamanya
janganlah tangisi pemergian ini
jika mata tertutup buat selama-lamanya
sematkan kenangan manis dan pahit bersama di hati
jika mata tertutup buat selama-lamanya
bukan bererti aku tidak sayang pada kamu semua
kerana setiap yang hidup pasti akan mati
jika mata tertutup buat selama-lamanya
kirimkan Al-Fatihah sebagai tanda tulus ingatan
aku senantiasa akan mengingati kamu semua
saat itu
aku sudah berada jauh dari kamu semua
berada di alam yang berbeza..


P/S-<3<3<3

Friday, 21 October 2011

sayu

saat nie aku rse sayu sangat
mengenangkan dosa yang lampau
rase diri ini sangat kerdil
aku tak perlukan kecantikan untuk dibanggakan
aku tak perlukan kekayaan harta untuk rasa senang
yang hanya ku mahu saat nie ialah
keampunan dari ALLAH swt
aku harap amal ibadat aku dapat buat aku senang di akhirat 
Amin YA ALLAH
aku nak jadi aku yang lebih baik berbanding dulu
aku tak nak jadi manusia yang lupa asal usul 
yang aku perlukan saat ini hanyalah ketenangan yang datangnya dari tuhanku yang satu ALLAH swt


P/S-janganlah kite teragak2 melakukan kebaikan dan jangan sekali-kali kite teringin melakukan kejahatan:)

Thursday, 20 October 2011

Keluarga

kebahagiaan sesebuah keluarga terletak pada??
kekecewaan sesebuah keluarga terletak pada??
kesedihan sesebuah keluarga terletak pada????
kesempurnaan sesebuah keluarga terletak pada??
cuba kite mencari jawapan bagi soalan di atas...


jawapan ini didapatkan dari  Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah



1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
  • Mental, pendidikan dan ilmu
  • Emosi
  • Fizikal dan ekonomi
  • Sosial
  • Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
  • Pendapat atau pandangan
  • Hobi
  • Kegemaran
  • Makanan
  • Cita rasa
  • Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.
P/S- sentiasa berdoa pada Illahi agar mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat:)

Saturday, 15 October 2011

tanDa-TanDa Kiamat

antaranya:



1.Lahir binatang berekor yang menerangi pihak timur - kemungkinan Komet Helly
2.Qur'an diangkat daripada dada (tidak ada orang menghafal Quran),  Quran dilagu - lagukan dan  dipertandingkantetapi tidak dilaksanakan pengajarannya. Al-Quran ditulis cantik dan dijadikan  hiasan dinding.
3.Banyak orang berhutang di bank dengan menggunakan riba'
4.Kemelesetan ekonomi. Perniagaan rugi.
5.Cukai ditinggikan.
6.Banyak berlaku homoseks dan lesbian.
7.Timbul penyakit ganjil timbul dari hubungan seks haram seperti Siplis,  Aids da lain - lain.
8.Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan merekamengguna alat  perancang keluarga.
9.Orang Islam kutuk mengutuk sesama Islam.
10.Masjid dibina indah dan mahal - mahal tetapi tidak banyak ahli  jema'ah  dan tidak dijadikan sebagai pusat gerakanIslam.
11.Perempuan mengatasi lelaki dari segi jumlah, peranan,menguasai  rumah  tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan lain-lain lagi.
12.Banyak berlaku gempa bumi.
13.Banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi.
14.Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila (rock), kumpulan punk dan  lain - lain.
15.Banyak berlaku rasuah.
16.Lahir kumpulan mengkritik Hadis Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi  Wasallam.
17.Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.
18.Hubungan keluarga pecah belah (anak durhaka ibu bapa,isteri tidak  taat  suami, suami menganiaya isteri di jadikan pelacur dan sebagainya )
19.Pembunuhan secara aniaya berlaku secara terang - terangan tanpa  pembelaan seperti di kem tahanan Sabra danSyatila; dan di Bosnia)

*Salam cuma diucapkan kepada orang yang dikenali sahaja.
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

· Asap 
· Dajjal 
· Binatang melata di bumi 
· Terbitnya matahari sebelah barat 
· Turunnya Nabi Isa A.S 
· Keluarnya Yakjuj dan Makjuj 
· Gerhana di timur 
· Gerhana di barat 
· Gerhana di jazirah Arab 
· Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.

Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa saja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah orang kafir'.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.

Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.

Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit saja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamata."



P/S- yakinlah bahawa ALLAH swt sentiasa menerima semua taubat hamba-NYA.



auRat


Apa itu aurat?
Aurat adalah suatu kehormatan diri bagi seseorang, yang wajib dijaga dan dipelihara sepanjang masa. Walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan ke atas umat Islam menutup aurat. Definisi lain ialah sesuatu yang tidak dibenarkan wanita mempersembahkannya di hadapan lelaki ajnabi ataupun sebaliknya.

Batasan-batasan aurat :
A.Aurat di khalayak awam 

1. Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak.

2. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya.
B.Aurat dengan ahli keluarga 

1. Bagi Lelaki, antara pusat dan lutut
2. Bagi perempuan, antara pusat dan lutut

C.Aurat sesama jantina (dengan syarat tiada fitnah) 

1.Aurat Lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut
2.Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut
*Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan.
D.Aurat ketika berkhalwat di dalam bilik (sunyi dari pandangan)

1.Aurat lelaki, antara pusat dan lutut dan setengah ulama berpendapat hanya dua kemaluan yang wajib ditutup.
2. Aurat perempuan, antara pusat dan lutut

Etika menutup aurat 

1.Berpakaian mengikut garisan syarak, yang mana mesti menutup aurat. Aurat bagi lelaki ialah antara pusat hingga ke lutut. Bagi perempuan ialah seluruh tubuh badannya, kecuali muka dan kedua tangan hingga ke pergelangannya. Aurat ini wajib ditutupi dari pandangan penglihatan manusia umum. Haram diperlihat dan haram melihatnya

2.Tidak menyerupai dengan kaum yang engkar kepada Allah. Seperti pakaian ahli gereja, ahli ibadat agama lain atau pakaian yang menjadi symbol kepada ahli kemungkaran, seperti ahli muzik, pelacur dan sebagainya. 

3. Pakaian yang dipakai mestilah menutup susuk tubuh badan. Iaitu pakaian yang longgar dengan kesesuaian tubuh badan. Pakaian yang ketat atau sendat, tetap haram sekalipun pada zahir ia telah menutup aurat. Ia adalah kerana susuk tubuh badan merupakan aurat yang perlu dijaga.

4. Pakaian yang tidak bercorak atau berwarna-warni, yang ada daya penggamit pandangan.

Hukum melihat aurat
*Haram bagi seseorang melihat kepada aurat orang lain sekalipun sesama jenis, seperti melihat seorang lelaki kepada aurat seorang lelaki dan perempuan melihat aurat perempuan. Lebih berat lagi jika memandang kepada aurat yang berlainan jenis seperti seorang lelaki melihat kepada aurat perempuan dan sebaliknya. Apatah lagi melihat kepada artis perempuan masa kini

*Dimaafkan jika terlihat sekilas pandangan sahaja, tanpa memakukan pandangan ke tempat haram tersebut atau mengikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua
*Namun jika melihat kepada aurat sendiri ia dimakruhkan, samada seorang lelaki ataupun perempuan. Makruh juga membuka aurat di tempat yang sunyi dari pandangan manusia seperti di dalam bilik secara bersendirian.
*Jika terpaksa, seperti perubatan, harus bagi seorang ahli perubatan sesama jenis dengan pesakit melihat kepada aurat pesakit tersebut, tanpa ada mahram yang menemani. Seperti ahli perubatan perempuan melihat kepada aurat pesakit perempuan dan sebaliknya.
*Jika ahli perubatan berlainan jenis dengan pesakit, seperti ahli perubatan lelaki dan pesakit perempuan, diwajibkan ada bersama mahram yang menemani dan dengan syarat tiadanya ahli perubatan perempuan di sana. Ketika ini, haruslah melihat kepada aurat pesakit tersebut.

P/S- kite boleh ubah diri kita supaye menjadi manusia yang lebih baik. semua manusia bukan sempurna,kite bukan tuhan untuk menghukum:)

cantik @ hodoh

cantik atau hodoh
pada aku semue makhluk ALLAH swt semue yerw cantik
kite sebagai hamba-NYA seharusnya bersyukur
cantik atau hodoh
bukan pada paras rupa
tapi hati kite yang penting
bile hati cantik,tak perlu tempek bedak tebal2 pown dah nampak cantik
cantik atau hodoh
same jew..
kalo ade kawan muke cantik tapi hati ngan mulut dy busuk
nak kawan kew ngan owang cam to
bukan nak menghina dy
aku juz bagi contoh
cantik atau hodoh
itu bukan perkara penting
kite semue nie same jew
ok
pandai2 kowanglah menilai owang itu cantik dy kat mane
tapi pada aku cantik itu datang dari HATI


P/S-aku tak kisah kawan ngan owang yang biase, yang penting die ikhlas kawan ngan aku n lagi satu pesanan kawan yang sejati ialah kawan yang menegur apabila kite melakukan kesalahan untuk kebaikan bersama :)

Wednesday, 12 October 2011

pUnca

sekarang banyak kite dengar perang sane 
perang sini
gadoh sane gadoh sini
ary 2 aku ade bace
kalo berlaku semue ny
maksudnya nak dekat kiamat
itulah tande yerw
kawan y baik disangka jahat
kawan jadi lawan
negara banyak berlaku perang
so
ape yang perlu kite lakukan
takkan nak duduk diam??


P/S- kite mati hanya sekali

Tuesday, 11 October 2011

taK sAbar

yeyehyeyeyehhh
lagi bape ary lagi nak balek
tak saber nak jmpe family tercinte
mama
opah
ain
yana
fami
semuelahhhh
pas2 nak cubit muke DAMIA 
ishhhh comel glew dy ny
* tgoklah sape kak spupu dy..hahhaha
perasan lebih
pas2 nak makan masakan mama
pajeri nenas, ikan cecaru sambal,
mama siap amek cuty bagai
menymbut kepulangan anak tercinta
luv u mama..:)
pas2 nak jalan2 bersame keluarge..
nak lari jaoh dari kelantan buat sementare
nak mancari ketenangan hati serta minda
sebab lepas 2 ade FINAL EXAM..huh
hope can do better for this sem..
so, GOOD LUCK!!!!!!


P/S-TAK SABAr