Sebenarnya agama Islam amat melarang keras umatnya bersifat dengki kerana sifat dengki itu boleh memakan dirinya sendiri serta mendatangkan kesan yang buruk. Pada lazimnya orang yang bersifat dengki jiwanya tidak akan tenteram sebaliknya sentiasa runsing dan resah gelisah, apatah lagi apabila melihat orang yang didengkinya itu semakin bertambah-tambah senang. Lain halnya keadaan seseorang yang mengharapkan nikmat yang sama yang ada pada orang lain dan tidak pula ia bercita-cita melenyapkan nikmat tersebut sebaliknya ia berniat dan berusaha untuk mencapainya. Bagi mencegah dan mengubati sifat dengki ini ada berbagai cara, antaranya : Pertama : Kita hendaklah mengawasi diri dan menyedari bahawa penyakit hasad dengki boleh merosakkan diri. Kedua : Kita hendaklah tahu mensyukuri nikmat yang dianugerahkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dalam apa jua keadaan. Ketiga : Jika kita melihat orang lain memperolehi nikmat atau kelebihan, kita hendaklah mengakui bahawa mereka memperolehinya dengan hasil usaha dan kurnia Allah Subhanahu Wata'ala. Keempat : Hendaklah kita rajin bekerja, berikhtiar untuk mencari rezeki dan kurnia Allah Subhanahu Wata'ala. Kelima : Janganlah kita membanding-bandingkan diri dengan orang yang lebih tinggi keadaannya. Keenam : Sentiasalah kita berdoa memohon perlindungan kepada Allah Subhanahu Wata'ala dari sifat hasad dengki. Ketujuh : Jika masih didapati hasad dengki dalam diri kita hendaklah bertaubat dan memohon ampun (beristighfar). Muslimin yang berbahagia, Oleh itu, ingatlah dan jauhilah daripada perbuatan hasad dengki yang dilarang oleh agama Islam, jangan sampai bersarang dalam hati kita kerana penyakit ini adalah satu sifat yang dibenci oleh Allah Subhanahu Wata'ala dan membawa padah yang buruk kepada diri kita. Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga kita hidup dalam keadaan harmoni dan berkasih sayang, yang dengannya akan melahirkan masyarakat yang cemerlang dan bersatu padu. Amin Ya Rabbal'alamin. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Asy-Syuura ayat 27 tafsirnya : "Dan jikalau Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui keadaan hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat". P/S-janganlah kite punyai hasad dengki terhadap orang lain kerana kesenangan yang didapatinya kerana ALLAH swt itu MAHA ADIL..:) |
Sunday, 2 October 2011
deNgKi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment